Alhamdulillah, hari ini cuacanya sangat baik. Semenjak awal pagi lagi sudah kelihatan bahawa Ahad ini merupakan hari yang indah.
|
Awal pagi di Taman Desa |
Oleh kerana sudah lama tidak melakukan senaman berjalan kaki, saya mengambil keputusan melakukannya setelah melihat kepada keperluan kucing-kucing peliharaan saya.
|
Dari bawah mengikut arah jam - Tiger, Scottie dan Dewey |
Oleh kerana kali ini saya bersenam sambil membawa telefon, maka saya pun mulalah mengambil gambar di persekitaran kediaman saya setiap selang beberapa langkah 😁 .
Ketika jam menunjukkan jam 10.30 pagi, saya memandu ke Mutiara Damansara untuk mencari sarapan di Restoran Mimpi Muor. Restoran ini menghidangkan makanan yang kebanyakannya dari negeri Johor.
|
Jalan menuju ke Mutiara Damansara dari arah Terowong Penchala |
Tidak banyak yang dilakukan di sebelah petang hinggalah ke awal malam tadi.
Sekian catatan saya untuk hari ini. Sehingga berjumpa lagi, in sya Allah.